Regulations ❖
Sila hormat blog ini . Jangan cari masalah . Nak baca , baca je jangan nak bergosip bagai . Terima Kasih
Memoria ❖

Episode 1
[
Wednesday, February 22, 2012 ●
8:16 AM ●
0 Comment
]
Di pagi yang indah , burung berkicauan . Aku hanya mendengar suara burung burung yang dianugerahkan oleh Allah Subahanahuwatallah . Aku membuat aktiviti harian ku . mengemas katil lalu pergi membersihkan diri ku . Lalu bersarapan dengan semua keluargaku di restaurant Tom Yam . Sebelum aku pergi makan , ayah mengambil nenek aku dan wawa (adek sepupu) . Selepas bersarapan , kami semua pergi ke kubur arwah atok lelaki . Setiap hari sabtu atau hari Ahad kami menziarahi kubur arwah .
Selepas pergi menziarahi kubur , ibu selalunya mengajak nenek pergi ke pusat membeli belah . kadangkala ibu mengajak nenek pergi ke rumah atok perling . Selepas jam 2.00 petang kami akan pulang kerumah . Sampai saja dirumah aku , aku terus menukar baju dan melakukan aktiviti harian aku iaitu bermain internet atau boleh dikenali sebagai bermain facebook . Kawan aku sedang online dengan tiba-2 menghatar IM kepadaku . Di situ dia mengatakan yang dia telah menyukai seseorang .
Rakan aku iaitu bilqis telah memberi 'link' facebook-nya . Aku lantas membuka dan menjadikan dia sebagai rakan ku . Selepas beberapa hari , aku mendapat tahu bahawa kawan ku bilqis telah pun berhubungan dengan si lelaki itu yang boleh dikenali sebagai Ayul . Aku tumpang gembira jika dia gembira . Semakin hari semakin manis mereka . Aku mula berkenalan dengan Ayul . Pada suatu hari Bilqis memberitahu aku bahawa kawan ayul menyukai aku . Aku tak tahu bagaimana mahu katakan . Aku hanya ingin melihat facebook - nya .
